Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apa khabar? sihat ke? sorry sebab dah lama tak update.. busy dengan final exam mid year... maafkan saya :D
so, today saya nak cerita pasal 'freshie' or 'oldie' yang nak sangat keluar asrama...
ok, guess what, aku 18 and still duduk asrama macam budak sekolah asrama biasa... memang aku kena duduk asrama sbb rumah jauh apa semua kan... malas nak memilih... ^ back to the topic ^ hahahaha!
Isu Keluar asrama ?
banyak sebab kenapa ramai orang nak keluar asrama and taknak duduk dalam... antaranya
- minggu orientasi teruk
- senior teruk
- homesick
- senior buli/ragging/dll
- feel alone
- 'freshie' (tak pernah duduk asrama)
itu antara sebab dia... memang laa duduk luar asrama tu bebas but trust me, kebebasan kau takkan lama melainkan bapak or mak kau tu kaya... so, parents korang boleh support semua. transport nak g sekolah... makan minum ada orang jaga... ada rumah/ bilik sewa yang selesa tanpa ada gangguan orang yg kutip duit sewa sebab parents korang dah bayar kat owner dia directly... if parents korang boleh and sanggup buat macam tu, maybe itu boleh dikatakan 'heaven' duduk luar asrama.. (kalau tak sanggup/ mampu, cuba fikir negatif.. mesti tak best duduk luar)
but,
jangan lupaa,, ada benda yang tak best duduk luar... paling common dengar kat budak luar ialah member yang kita rapat kat asrama takde.. or maybe tak wujud depan mata.. kalau korang duduk asrama sekarang ni maybe korang akan rasa happy, gosip and others kat dorm, bilik pantri, surau dll... kan? lagi- lagi perempuan memang tak akan terlepas bergosip ye tu... hahahaha...
bila korang duduk luar, korang akan rindu kenangan pahit manis semua benda pasal asrama.. maybe dulu korang pernah kena buli dengan senior... or maybe korang ada kekasih gelap? or maybe korang ada crush kat someone... ataupun, korang rindu nak 'fly'? hahahaha... kalau ye, korang memang dah habiskan saat berada di asrama dengan bagus... rugi kalau duduk asrama tapi tak buat benda yang korang tak boleh buat kat luar..
kat luar boleh ke naik atap asrama berjemaah? boleh ke korang buka puasa satu dewan dan satu asrama? boleh ke korang pergi terawih dan usha awek/balak berjemaah? hahahaha... banyak lagi la aku nak cakap... tapi kalau korang duduk luar memang tak dapat la nak buat semua ni... paling syok kalau time ada jamuan asrama... time tu la kita berkumpul semua satu asrama di bawah satu bumbung yang sama iaitu Dewan Makan aka DM ! kan?
Kesan keluar asrama ?
senang je kesan dia.. sebab korang sendiri yang kawal diri korang dari digoda oleh syaitan apa semua... kalau korang rasa boleh jaga diri, pandai jaga diri apa semua, silakan duduk luar tapi kalau rasa macam teragak- agak lagi, duduk je la asrama sampai habis study... tak jadi masalah... kita sendiri yang cipta masalah, so kita kena selesaikan... ingat ! JALAN PENYELESAIAN BAGI SETIAP MASALAH ITU "ADA" .....
i hope, sebelum korang keluar asrama, korang bincang dengan family... kalau dorang kata tak boleh, jadi, tak boleh la... dengar cakap mereka... jangan menyusahkan mereka.. mereka ada sebab kenapa dia tak bagi... dan kau sebagai anak yang soleh/ solehah, dengar je la cakap mereka.. semoga kita semua menjadi anak yang taat kepada perintahNya dan mendengar nasihat ibu bapa... Amin~
Sekian.
Miss Sabby J~
1 ulasan:
Warden saya gempaklah lambat 1 minit turun surau tak boleh sukan dengan prep sampai kul 6 selama-lamanya wow menarik sekali duduk asrama! .Dah lah rampas hp aku banyak kerja sekolah aku dah tinggal
Rasa bersalah aku kat guru mata pelajaran tu.
Zulhelmi pulangkan balik hp aku.aku nak buat kerja sekolah ni Zulhelmi.
Catat Ulasan