Hostel Kids_

Foto saya
Assalamualaikum dan Hai Gang @HostelKids ! Dulu dikenali sebagai @StoryAsrama tapi sekarang sudah tukar laaa... Well, aku saje buat blog ni sebab aku plan nak share banyak lagi pasal asrama. Kalau korg pun ada story nak share, tell me kat twitter la ye! Aku baik taw. Seorang senior yg sporting XD tak percaya? k fine... Anyway, Thanks atas semua kerjasama Gang SA- GANG #HostelKids #HK #StoryAsrama #SA! (KEEP ON SUPPORT @HOSTELKIDS) ~Senior vs Junior~ WARDEN (referee) at last, Kita semua SATU GANG !

Isnin, 1 Jun 2015

Keluar Asrama !

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



apa khabar? sihat ke? sorry sebab dah lama tak update.. busy dengan final exam mid year... maafkan saya :D

so, today saya nak cerita pasal 'freshie' or 'oldie' yang nak sangat keluar asrama...

ok, guess what, aku 18 and still duduk asrama macam budak sekolah asrama biasa... memang aku kena duduk asrama sbb rumah jauh apa semua kan... malas nak memilih... ^ back to the topic ^ hahahaha!

Isu Keluar asrama ?

banyak sebab kenapa ramai orang nak keluar asrama and taknak duduk dalam... antaranya

- minggu orientasi teruk
- senior teruk
- homesick
- senior buli/ragging/dll
- feel alone
- 'freshie' (tak pernah duduk asrama)

itu antara sebab dia... memang laa duduk luar asrama tu bebas but trust me, kebebasan kau takkan lama melainkan bapak or mak kau tu kaya... so, parents korang boleh support semua. transport nak g sekolah... makan minum ada orang jaga... ada rumah/ bilik sewa yang selesa tanpa ada gangguan orang yg kutip duit sewa sebab parents korang dah bayar kat owner dia directly... if parents korang boleh and sanggup buat macam tu, maybe itu boleh dikatakan 'heaven' duduk luar asrama.. (kalau tak sanggup/ mampu, cuba fikir negatif.. mesti tak best duduk luar)

but,
jangan lupaa,, ada benda yang tak best duduk luar... paling common dengar kat budak luar ialah member yang kita rapat kat asrama takde.. or maybe tak wujud depan mata.. kalau korang duduk asrama sekarang ni maybe korang akan rasa happy, gosip and others kat dorm, bilik pantri, surau dll... kan? lagi- lagi perempuan memang tak akan terlepas bergosip ye tu... hahahaha...

bila korang duduk luar, korang akan rindu kenangan pahit manis semua benda pasal asrama.. maybe dulu korang pernah kena buli dengan senior... or maybe korang ada kekasih gelap? or maybe korang ada crush kat someone... ataupun, korang rindu nak 'fly'? hahahaha... kalau ye, korang memang dah habiskan saat berada di asrama dengan bagus... rugi kalau duduk asrama tapi tak buat benda yang korang tak boleh buat kat luar.. 

kat luar boleh ke naik atap asrama berjemaah? boleh ke korang buka puasa satu dewan dan satu asrama? boleh ke korang pergi terawih dan usha awek/balak berjemaah? hahahaha... banyak lagi la aku nak cakap... tapi kalau korang duduk luar memang tak dapat la nak buat semua ni... paling syok kalau time ada jamuan asrama... time tu la kita berkumpul semua satu asrama di bawah satu bumbung yang sama iaitu Dewan Makan aka DM ! kan?

Kesan keluar asrama ?

senang je kesan dia.. sebab korang sendiri yang kawal diri korang dari digoda oleh syaitan apa semua... kalau korang rasa boleh jaga diri, pandai jaga diri apa semua, silakan duduk luar tapi kalau rasa macam teragak- agak lagi, duduk je la asrama sampai habis study... tak jadi masalah... kita sendiri yang cipta masalah, so kita kena selesaikan... ingat ! JALAN PENYELESAIAN BAGI SETIAP MASALAH ITU "ADA" .....

i hope, sebelum korang keluar asrama, korang bincang dengan family... kalau dorang kata tak boleh, jadi, tak boleh la... dengar cakap mereka... jangan menyusahkan mereka.. mereka ada sebab kenapa dia tak bagi... dan kau sebagai anak yang soleh/ solehah, dengar je la cakap mereka.. semoga kita semua menjadi anak yang taat kepada perintahNya dan mendengar nasihat ibu bapa... Amin~

Sekian. 
Miss Sabby J~

Jumaat, 1 Mei 2015

Rahsia Sekolah

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,


apa khabar semua ? i know musim cuti dah mula. walaupun tak lama but still ada cuti and boleh balik ke rumah masing- masing. bagi yang duk belajar jauh dari family, ini laa peluang yang dinantikann :P

Strangers : Nape tajuk rahsia sekolah ???

Me : Hahahaha ! jom bacaaa


Okayy,, actually, ada sesetengah kita tahu rahsia sekolah. iaitu guru, student, org cleaner dan lain- lain.. kan kan kan ??? mcm aku an, aku ada la tahu jugak rahsia sekolah aku.. hahaha.. setiap sekolah ada negatif and positif..

Positif,

Kalau boleh nak hebohkan kat semua orang, strangers kucing and lain- lain. macam melampau je kan. hahahaha ! act, itu la fakta... kalau kita pun, dapat result gempak, mesti nak hebohkan (ikut keadaan) but the fact, benda baik kita kena hebohkan... hahahaha


Negatif,

Simpan dlm guni, buang, tanam, mereput pastu mati dan hilang tanpa jejak. faham ? ye laa.. maksud dia senang, semua negatif punya perkara mestilah nak rahsiakan dari orang luar kan ? even, klaw guru pun tak semua yang tahu .... HAHAHAHA ! 

Benda negatif ni kan, memanglah kau cerita kat orang yang sama sekolah dengan kau, but  ni nak tegur sikit la en,, cara kau cerita tu macam nak bagi semua orang dengar pasal keburukan sekolah kau. hahaha.. at first masa aku dengar dia cerita, pehh kuat gilaa.. sampai aku xleh tdo sepanjang perjalanan tu.. tension gak..

BUT

the best part, aku dapat tahu serba sedikit mengenai rahsia sekolah tu.. but yang best yaa kan.. ni bukan calang- calang sekolah.. ia merupakan sekolah yg ramai budak pandai. berebut nak masuk. result gempak je boleh masuk... agak korang?? hahahaha.. teka laa sendiri.. 

Why u shouldn't story (-) ? ? ?
- sebab orang mcm aku (strangers) mesti mcm syok nak dengar keburukan bg sesuatu benda.. aku ni pun still study, for sure la aku dengar. aku mmg salute sekolah/bla bla , but since tempat tu dah kurang daya tarikan (mcm pelancongan lak) ramai yang berebut nak masuk kat Kelantan.. hahahaha... tak sangka "sekolah" yang aku anggap gempak, hebat, superb dll adalah palsu semata- mata. mcam apa tah en. seronok dpt tahu pasal (-) kat "sekolah" tu... HAHAHAHA 

aku jahat ??

Kira baik lagi laa.. sebab aku tak mention sekolah apa enn ? memang semua sekolah tak kan lari dari benda negatif but kalau selagi boleh cover, u should cover sebab itu maruah korang gak. ye la, tempat tu kan tempat korang study.. apa pendapat korang kalau ada orang kata pasal sekolah kau??? sakit hati la en... hahahaha... jangan judge sekolah orang selagi kau tak tahu benda betul.

PESANAN !!!

JANGAN PERNAH CERITA BENDA NEGATIF SEKOLAH KAT PUBLIK. KALAU NAK STORY, SEMBANG KAT SEKOLAH. HAHAHAHA

Rabu, 18 Mac 2015

Pengalaman Histeria

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Sudah sekian lama tak update blog, rasanya kalau ada habuk and spider ni, dah lama bersarang rasanya...


So, 

Baru- baru ni sebelum aku balik cuti, ada kes histeria kat asrama aku. Aku memang tak pernah kena histeria but aku just pernah tengok depan mata macam mana histeria tu jadi. Masa aku jadi junior, ada gak kekawan aku kena histeria, and masa tu memang berjemaah kena histeria + rasuk (i think) senior laki and perempuan semua kena...

Aku ni kan baru masuk asrama so, masa awal- awal kena tu, aku jadi blurr.. Dalam otak aku fikir "ini ke histeria?" hahaha... Memang time tu la baru aku faham maksud sebenar histeria.. Sebelum ni aku dengar cerita je.. and now aku tengok sendiri.

Tahun 2013, (Me Junior)

Awal Tahun ,
- Semua orang kena histeria termasuk asrama putera dan puteri

Pertengahan Tahun ,
- Just senior puteri je kena (teruk jugak laaa)

Ending Year ,
- I'm not sure ada ke tak... Sebab blok junior kinda save from that ghost... (okayyy)

Tahun 2014 , (Me Senior)

Awal Tahun ,
- Alhamdulillah tak kena kacaw

Pertengahan Tahun
- Tak kena jugak (>.<)

Ending Year
- Its fineeee

Tahun 2015 , (Me Super Senior)

Awal Tahun ,
- Okay lagi
- Budak junior masuk, ada mula histeria sikit
- And then semua penghuni asrama kena kacaw... (tak semua involved)

Pertengahan Tahun
- (tak sampai pertengahan lagiii)


Biar aku cerita pengalaman aku tengok histeria, apa yang aku perasan, ada je pelajar yang buat- buat kena sampuk (maybe nak perhatian) and ada yang kena sampuk dah macam bukan dia.. serammm~ Aku time tu rasa macam heartless sikit, perasaan takut tu aku cuba letak tepi. Ada je budak super junior cerita kat aku yang dia nampak hantu lembaga hitam and so on... ( malas nak cerita) aku pun mula ah seram sejuk... aku tak suka buat keputusan segera.. Aku suka fikir dulu baru bertindak. Keep calm! Hahahaha....

Yang mana tak biasa masuk asrama tu, memang kalau kena histeria nak balik rumah terus and pindah masuk sekolah lama balik.. Amboi~~ hahahaha! Aku ada bagi nasihat, just benda tu nak test je and nothing worst dengan Izin Allah :) Kita kena percaya dengan Allah! Tu semua ciptaan-Nya.

Kalau korang dah lama duduk asrama, bagi korang histeria tu dah macam benda normal sangat. Cikgu saya cakap an, benda tu just nak uji and kacaw kita je... And maybe gak sebab kita ada masuk tempat dia and kacau tempat dia.. Who's know en? No wonder la kalau korang pergi jumpa Ketua Warden pun, dia akan act cool je sebab dah macam asam garam kehidupan asrama je.. Hahahaha!


Jumaat, 9 Januari 2015

Keperluan Asrama !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Sihat? Alhamdulillah.. So, sekolah nak buka dah.. Macam biasalah mesti ada yang last minute prepare barang sekolah kan? Well, same like me ! HAHAHA... 



Post kali ni atas request di Hostel Kids! dia tanya barang apa nak bawa balik asrama.. 


Biar aku ajar korang cara cepat dan mudah untuk pack barang asrama last minute eh... 

1 ) Korang bawa barang mana yang paling penting dulu... Nanti cuti bawa barang lain pula..

2 ) Jangan banyakkan makanan dan minuman sebab nanti barang banyak nak bawak and BERAT!

3) Make sure, barang korang muat kat dalam locker korang. Jangan OVERLOAD!

Itu antara nasihat aku la.. Tapi terserah korang la ... Korang kan dah besar panjang!



Ni list barang asrama :- (khas untuk budak baru belajar)



Strangers : Nape macam pernah tengok gambar tu eh?

cik Panda : Memang pernah tengok la cerita dia.. Ada post kat twitter @HostelKids ! :P



Yup! Itu sahaja barang yang anda perlukan untuk asrama... Banyak? Memang banyak la sebab korang budak baru :P hahaha! 


Love korang! 

Selamat Kembali Ke Asrama!!!

See you later @HostelKids !!!!

Selasa, 6 Januari 2015

Aku rapat kau susah?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua! Apa khabar? Saya sihat alhamdulillah... Harini saya nak cerita pasal ni...


Okay...

Situasi macam ni mesti akan terjadi dekat mana2 asrama sekali pun. Sebab kita semua tahu, senior and junior mesti tak sekepala. and bila orang tu rapat dengan senior/ junior, mesti kena kutuk punya. Kita sebenarnya boleh je rapat dengan senior/junior but the problem is sebab dah PERANGAI/ADAT ASRAMA DARI ZAMAN DULU yang kita macam tak boleh ngam dengan dorang. 

Biar aku tanya korang eh... Sebelum korang masuk asrama, mesti korang ada tanya mana2 budak asrama apa perasaan duduk asrama en? Aku pun pernah gak tanya.. and this happen :-

Me : best ke duk asrama ni?

Strangers : best? x de la best mana. homesick ada la.. 

Me : hmm.. ada kes buli tak?

Strangers : buli takde but ragging ada.. senior bajet aku ckp kat kau... dorang suka cari gaduh!!!

Me : macam tak jadi je nak ambil asrama ni :(

Strangers : takpelah.. belum try belum tahu kan...

Me : dah tu.. semuanya mcm seram je.. baik duk rumah -_-

Strangers : WELL THAT IS LIFE :D

On that time i was like, "seriously la.. dia ni nak bagi aku masuk asrama ke tak.. kalau tak perlu ke cerita macam tu!!!" yang tu tak termasuk hantu yang ada kat asrama and aku malas nak cerita ... Main point entry kali ini ialah "Rapat je kena perli"!


Kita kekadang tak jangka pun yang kita ni akan rapat dengan senior mana or kita boleh pilih mana2 senior yg kita nak rapat but itu semua sudah dirancang oleh Allah kan ? nak protest ke? Sebenarnya, junior yang perli rapat dengan senior tu ada sebab...

1. dorang jelez
2. dorang kurang kasih sayang
3. rasa dikhianati (macam bagitahu semua rahsia junior kat senior la)
4. dorang ni nak jugak senior rapat (the truth)

Itu antara sebab yang aku pasti... YUP! #2013 ! aku pun pernah jadi junior so i know about it... Aku dulu pun ada juga senior yg dianggap adik beradik but no adk/kakak angkat.. Well, kami tak serapat mana but when my senior tu rapat dengan junior lain which is same age like me, i feel like jelez tetiba and then rasa nak marah. Tak tahu mungkin sebab kita rasa that senior is only mine.. Tapi itu dulu laa.. now changed... 

Aku pun pernah kena perli sebab rapat dengan senior but cara dorang cakap memang gaya macam melawak but kekadang kita dapat rasakan yang dorang tu memang mengata pasal kita tapi cara MAKAN DALAM / DEEP. kan? budak asrama faham la macam mana nak buat...

Budak hostel : Weh! Tu kakak angkat kesayangan kau datang cari kau... (etc)

#2014 the same thing berlaku... aku kena perli sebab rapat dengan junior pulak... Well, aku tak mengaku yang aku rapat.. but aku mengaku yang aku ni friendly.. BUT! kalau junior tu kerek, aku pun balas kerek balik la en? Tak salah nak ajar budak junior kerek ni... 

Aku rasa pemikiran orang zaman sekarang senang diramal.. tahu sebab apa? sebab dorang ni spesis ikut telunjuk orang je.. Jadi, kalau anda nak rapat dengan senior or junior, yes u may... rapat je.. sampai bile adat gaduh buli semua nak stop? aku paling sakit hati budak junior yang bajet nak buli orang yg lebih tua.. show some respect... and senior please do so.. show some respect to newbie too ... jangan fikir kau dah senior boleh membajet dengan junior... jangan lupa.. FROM JUNIOR YOU BECOME A SENIOR :)

The bashing thinggy i think, biarkanlah mulut dorang berbicara... Kita tak mampu nak tutup mulut dorang.. Well, time aku kena perli pun aku just balas melawak je dengan dorang walaupun aku tahu dorang perli padat kat aku... Well, aku sabar.. Bila lagi nak rasa pahit manis masam tawar kat asrama en?