Hostel Kids_

Foto saya
Assalamualaikum dan Hai Gang @HostelKids ! Dulu dikenali sebagai @StoryAsrama tapi sekarang sudah tukar laaa... Well, aku saje buat blog ni sebab aku plan nak share banyak lagi pasal asrama. Kalau korg pun ada story nak share, tell me kat twitter la ye! Aku baik taw. Seorang senior yg sporting XD tak percaya? k fine... Anyway, Thanks atas semua kerjasama Gang SA- GANG #HostelKids #HK #StoryAsrama #SA! (KEEP ON SUPPORT @HOSTELKIDS) ~Senior vs Junior~ WARDEN (referee) at last, Kita semua SATU GANG !

Sabtu, 29 November 2014

Aku Terbang !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.



Aku tanya apa khabar...?


Aku tanya "APA KHABAR SEMUA....?"


#LaguSonaoneandJoeflizzow



Okay stop about that intro yang agak mengarut. So, how is your holiday? Best tak? Ada bercuti mana- mana ke? My holiday just fine. Duduk dalam bilik sambil fikir idea untuk tweet and new post. But, sometimes, I'm getting boring about holiday with no one around...

Kenapa title aku

"AKU TERBANG !" ???

Ada sesiapa terfikir?

Okay budak asrama mesti dah faham ni kan?

Putera A : Eleh, ni mesti pasal fly kan?

Puteri B : Lelaki biasa fly macam tu la kan :P


Okay! Whatever it is, (but seriously betul.. Lelaki suka fly. Especially time malam) apa yang aku nak cerita kat korang, please jangan bagitahu kat orang lain taw... Janji? K deal XD Orang cakap, pengalaman mendewasakan kita. So, untuk budak first time masuk asrama macam aku ni, jadi macam 'peraq' sikit la... (peraq = tanya orang kedah) 

So, aku ni excited entah tahap bengong apa, one day, aku terasa nak keluar dari hostel. Nak relax kan otak la konon.. I decided to fly! Yeahhh man! Hahahaha...

Ko fikir senang ke nak fly? 
Susah siaaa....

Kalau aku, aku akan buat plan 2 hari atau 3 hari sebelum nak fly. Kekadang aku rasa fly aku tu dengan cara yg baik, aku akan plan haritu jugak and then fly. Buat muka lekk je... 

First time aku fly masa exam.

Exam aku habis dalam pukul 10 pagi. Sangat awal kan? So aku ajak kawan aku sorang ni fly... Lepas dah bincang semua, aku pun kira jadi ah nak fly kan... Excited dah ni nak tunggu waktu fly... Hari yg aku fly tu ada hari ambil report card untuk senior aku. So aku fikir macam line clear ah nak keluar sebab pak guard mesti ingat aku ni budak luar. HAHAHA !

Habis exam, aku terus call taxi. (yes aku bawa fon pergi sekolah) Taxi sampai around 20 mins, so sempatlah aku dari blok sekolah pergi pondok bawah (pintu utama). Aku ikut budak luar time tu. Gaya macam nak balik rumah :P Nasib la muka kita orang ni dia tak syak.. Kalau tak, free je kena masuk bilik disiplin.. Demerit pulak... Disebabkan aku pro (walaupun first time) aku rasakan macam ada mulut sumbang... Tiba- tiba kawan aku budak luar tegur "Weh hg nak p mana ni?" Aku terus "shhhh diam laa.. Kita orang nak keluar jap.."

Sampai je taxi , kita orang terus pergi tempat yg kita orang plan. HAHAHAHA! Awal pagi la derr... Kedai mana nak buka? So, dengan terasa diri lifeless, aku dengan kawan aku sorang ni pun pergi la cari port kejap... Yes, duduk sampai shopping mall tu fully open. Then, we plan to change our cloth. Huahahahaha! 

Dengan muka senang, tapi hati gelisah nak mampus ni, berdoa kat tuhan supaya tak terserempak dengan cikgu and lagi- lagi WARDEN! Kalau dia nampak kita orang ni, mahu kena denda prep + takde outing + tahan minggu balik kampung = rotan yee... 

Sampai ke petang aku keluar dengan kawan aku... (Takde la petang mana.. But around 4pm laa...) Time taxi tu nak dekat sekolah, aku dah mula seram sejuk sikit sebab sikit dah org keluar masuk.. Tibab- tiba aku teringat yang minggu tu minggu balik kampung.. *fuhhh* terasa lega gila! 

Melangkah kaki kanan masuk ke pintu utama sekolah, tiba- tiba terjumpa Penolong Timbalan MP... Ha elok sangat! *baguss aku ni* *buat muka innocent* *senyum kat senior* *mcm kerang busuk* On the way je ke asrama, tiba- tiba ada suara menegur...

Penolong Timbalan MP : Haaa! Ni dari mana ni? Dengan beg bagai?

Aku : Errr... Baru ambil beg dari kawan tadi...

Pen. Timb. MP : Iye ke ni? Boleh percaya ke?

Aku : Suka hatilah nak percaya ke tak... K laa... bye

Pen. Timb. MP : Lepas saya balik dari minggu balik kampung ni, saya nak jumpa kamu! *nada keras*

Aku : Hmmm okay *dalam hati takut* (aku pun bla)


Nak diceritakan kat sini, memang aku takut but kita buat lekk je.. Berani buat berani tanggung kan? Hahahaha! 

Dengan langkah bismillah, aku masuk dorm... Haaa kawan dorm pulak bising!!!

Dorm : WOIII! Kau dari mana haaa? Dari pagi takde... Aku dengar kau fly eh?

Aku : Mana ada... Aku tolong cikgu kat sekolah okayyy...

Dorm : Kau jangan nak bohonglahh.. Kita orang ni kawan dorm kau... I know what u did kawan..

Aku : Ish... Tak percaya sudah.. Aku nak mandi.. Panas....


Itu lah sebab kekadang aku malas nak bagitahu apa- apa kat budak dorm.. Takyah bagitahu pun dorang dah boleh agak apa aku buat. HAHAHAHA!


PESANAN :

Ini pesanan sikit, nak fly boleh but ikut keadaan laa.. Jangan sampai kantoi.. Kalau buat jahat sekali dah kantoi, jangan buat jahat dah.. Allah tak suka... But, kalau korg mmg nak fly sebab stress dengan asrama.. Aku boleh bg tips...

1) Plan betul- betul
2) Ajak orang yg boleh harap
3) Jangan hebohkan
4) Fly kat tempat kurang cikgu ada
5) Kalau boleh ajak cikgu sekali
6) Buat muka slamberrr
7) Kalau kantoi, PANDAI- PANDAI JAWAB

Bukan nak mengajar korang fly but korang boleh buat sendiri tanpa diajar. Betul tak? Aku pun dulu mana ada orang ajar. Aku buat ikut suka hati aku je. Berani tu takdelah but sikit ada la.. Aku fly dah lebih kurang (hmm tengah kira jap...) 

OKAY. . .
TAK TERKIRA. 
AKU RASA BANYAK KALI AKU FLY. 
HAHAHAHA...


Moral of the story :

Sepandai- pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.


Selasa, 25 November 2014

"Sungai"

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru- baru ni, aku ada post tweet macam ni,


Aku tengok, ada yang komen, milo la, peta la dan sebagainya..

Maksud aku dalam tweet tu, sungai membawa maksud "air yg datang dari baju basuhan kita"

macam kita nak sidai baju kita tepi katil la.. ye la.. asrama aku dulu takde mesin basuh. Kenalah guna tangan.. so, mestilah kita perah baju tak sekering mesin basuh. betul tak?

aku rasa, memang semua asrama tak sama. cara cakap dan ayat pun ada yang lain. jangan nak harapkan semuanya sama dari @HostelKids...

..............................................................

This is my story about "Sungai"

One day, aku pergi mandi.. So, alang- alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. (tah kena ke tak dengan ayat aku nih) aku plan nak basuh baju sekali ah.. Nanti tak kalut nak basuh baju bertimbun.. Takut tak kering lagi.. Ye la.. Kalau hujan mati baju tak kering... Bende kecik lagi.. kalau baju still boleh minta member... Kalau barang kecik? Takkan nak mintak kot... Ya Allah...

Aku jenis yang perah baju agak- agak je. Kalau aku rasa dah takde air, aku pun biar je la walaupun kekadang aku perasan air still ada kat dalam baldi tu ha.. Aku ni pun jenis rendam softlan. Kalau aku rasa aku nak rendam lama sikit, aku pun bawalah baldi aku masuk dorm.

Aku jenis slumber derk aku je. Apa yang aku nak buat, aku akan buat. HAHAHAHA! Aku rasa baju tu dah wangi, aku perah la baju aku yg basah tu dalam dorm. Sampai kawan dorm cakap "dia mula dah buat sungai dalam dorm ni..." aku still perah baju buat dunno...

Aku suka sidai kat katil aku.. Kat tingkap aku tak suka sangat, sebab kotor kot (malas nak lap tingkap) Aku pun sidailah baju aku yang basah tu kat tepi katil, Jiran aku tepi katil tegur "Wehhh! Basahlah katil aku ni haaa..." Aku still sidai... Tiba- tiba kawan aku yg lain terpijak air softlan aku tu, (ye la air softlan kan melekit sikit *eeuuwww*) dia cakap "Kau jangan buat mini sungai dalam dorm boleh tak? perah la air kat luar kalau boleh..." 

At last aku bersuara, "HAHAHAHA... okay guys.. sorry eh? Aku janji tak buat dah pas ni..."

TAPI,,,

Sekarang ni aku bengang la gak... Lepas aku buat sungai, tiba- tiba satu dorm buat sungai... at last kitorang panggil 'Tasik Chini' ... cam bodoh pulak rasa xD tapi kelakar kot... Kalau korang tahu perasaan dia, mesti kelakar dohh....

So, now korang dah faham kan kenapa aku panggil 'Sungai?' okay bagus...


bye...

Sabtu, 15 November 2014

Rasukan Hantu

CERPEN STORY ASRAMA


Budak baru masuk semua telah selamat menjalani minggu orientasi. Memang ada junior yg menangis macam orang gila hanya disebabkan orientasi yang terlampau teruk (bagi mereka). Apa- apa pun orientasi tetap berjaya dijalankan walaupun banyak suara sumbang, anjing menyalak and so on.

Aku (Nadia *bukan nama sebenar*) budak baru duduk asrama. So, aku tak tahu apa- apa lagi. Terutama sekali pasal bab hantu ni. Ada satu hari ni, kawan aku Shima* dia buka cerita pasal hantu yang ada kat asrama. Shima ni sejak Form 1 lagi dah duduk asrama. Mestilah dia dah expert pasal hantu ni.. Tah- tah dia pun pernah kena rasuk apa. Hahahaha! 

Shima cerita budak yang kena histeria kat asrama lama dia. Aku yang dengar cerita dia, tiba- tiba jadi takut and bulu roma aku naik. Ishh.. Time hari Jumaat la pun nak story.. Malam pula tu! Aku jadi malas nak dengar dan terus ke katil untuk tidur.

Tiba- tiba, Shima perli "Eh takkan nak tidur dah kot? Awal lagi ni Nad oi! Esok cuti la." Aku pun jawab "Aku dah ngantuk la. Nak buat camne. Tidur lagi bagus daripada layan cerita hantu kau tu!" Shima dan rakan dormnya gelak dengan kuat dan berkata "Penakut cakaplahh!" Gelak mereka bertambah kuat! Aku malas nak layan terus tarik selimut dan sumbat earfon sambil pasang lagu dengan kuat. Aku malas nak fikir pasal hantu tu. Dengan perlahan aku tutup mata dan tidur.

*Jam 2.00 Pagi*

Hmmm... Pukul berapa dah ni... Aku berkata pada diriku sendiri... Eh mana pula perginya jam aku ni... Adoi, time ni la dia nak hilang pun... *ambil jam kawan* Eh? Baru pukul 2 pagi? Lama lagi ni... Tidur balik la.. *pejam mata* Haishhh.. Asal lak x leh tidur ni! Common! Tahu la esok cuti pun but aku nak tidur! Tiba- tiba terasa nak pergi tandas pula... Hmmm... *kejut Amira* Wehh... Teman aku g toilet jap! Nak kencing ni! Amira menjawab malas "Apa dia? toilet? hmm.. Jom laa cepat.. Ish tadi tak nak pergi kau ni laa!" Hehehe... Sayang Amira!

*Toilet*

"Weh tunggu kejap taw! Aku tak lama pun ke kau nak masuk sekali dengan aku?" perli aku. "Ish jangan merepek ah.. Kang jadi kot lain jap g jangan tanya kenapa eh!" balas Amira. Semasa menunggu Nad habis dengan hajatnya. Mata Amira tertarik untuk melihat blok senior di hadapannya. Memang waktu siang nampak lawa tapi pada waktu malam lebih menyeramkan dari blok yang dia tinggal sekarang. 

Apa yang lagi menarik, dia ternampak kelibat orang sedang berlari di court senior yg terletak cuma di hadapan blok senior. Untuk memastikan apa yang dia nampak, dia terus pergi berdekatan dengan tingkap di bilik pantry. Amira tak fikir apa dah. Yang dia tahu dia nak pastikan itu siapa yang sedang berlari di court pada waktu camni... Dia menjerit "Woi siapa kat bawah tu!" tiada sahutan.. Amira dah mula cuak. Dia pun bergegas ke toilet tapi apabila dia toleh ke belakang, ada benda sedang perhatikan dia. Amira ternampak benda tu. Matanya merah menyala bagai ingin menerkam mangsa. 

Amira tiba- tiba hilang kawalan dan terus menjerit dengan sekuat hati. Aku yang otw keluar pun berhenti nak keluar dari toilet sebab Amira takde. Aku pasti itu suara Amira! Ada apa- apa yang terjadi ke. Aku mula risau. Aku pun keluar dari toilet dan jerit nama Amira. Tiada respond. Aku terus lari ke dorm sambil tercungap- cungap. Aku hempas pintu dorm dengan kuat sekali, sampai rakan dalam bilik pun terjaga. "Kau ni dah kenapa? Tak reti nak tutup pintu dorm slow sikit ke?!" tempik ketua dorm. Aku pun jawab "tadi aku pergi toilet dengan Amira, tapi sekarang ni Amira takde. Tolong aku Fara*!

Tanpa membuang masa, semua dorm 2 dikejutkan untuk mencari di mana Amira berada. Aku, Fiza* dan Ila* mencari di bilik stor dan sekitar toilet. Yang lain cuba mencari di tingkat atas dan di lobi asrama. Tiada siapa pun yang menjumpainya. Semua orang buntu dah tak tahu nak cari mana Amira. Tiba- tiba kami semua terdengar pintu dorm di buka. Kami bergegas ke dorm. 

Apa yang buat kami terperanjat ialah pintu dorm di buka tapi takde siapa pun di dalam. Aku beranikan diri untuk check apa yang ada dalam dorm. Memang tak ada apa. Tiba- tiba aku tergerak hati nak pergi bilik pantry. Entahlah. Mungkin firasat aku je kot nak pergi bilik tu. Aku ajak Fiza dengan Ila teman aku ke bilik pantry. Aku pulas tombol pintu dan aku pelik, sejak bila pula bilik tu berkunci. Aku dah rasa tak sedap hati ni. Aku suruh Ila dan Fiza buka pintu tapi dorang pun cakap berkunci. Kami bertiga panggil semua rakan dorm. Fara cuba buka pintu tapi masih tak boleh. 

Aku dengan 4 orang rakan yang lain terus panggil Ustaz. Ustaz terus pergi ke bilik pantry tu dan dia kata tolong semua orang berada di belakangnya. Ustaz membaca beberapa ayat al- quran. Dan Ustaz cuba membuka pintu bilik tersebut. Kami semua masuk ke bilik itu dengan arahan Ustaz. Kami nampak Amira di atas lantai seperti sedang lena tidur. Aku dah mula lemah semangat. Ustaz berkata "Siapa yang rasa diri dia tak kuat, tolong balik dorm masing- masing dan baca ayat kursi." Fara berkata "Aku stay sini, siapa nak join?" Mejoriti satu dorm stay. Takkan aku sorang je nak balik dorm? Aku pun kuatkan semangat untuk stay bersama yang lain.

"Amira *sambil pukul muka Amira* Amira... Amira bangun Amira." Ustaz itu berasa pelik kerana Amira langsung tak memberi respond. Ustaz ternampak kelibat yang berada di penjuru bilik itu. Kelibat itu seperti marah kerana menganggu urusan dia. Ustaz pun terus membaca ayat suci tapi mataku lebih tertumpu kepada Amira. Amira langsung tak bergerak. Aku dah mula takut dan tanganku seperti bergetar ketakutan. Aku menghampiri Amira.

Tiba- tiba !

Ustaz menjerit "Nadia!!!! Kamu jauhkan diri dari Amira! Itu bukan dirinya lagi. Ada benda menumpang dalam badan dia!" Secara tiba- tiba, Amira sedar dan matanya berwarna merah darah. Amira memegang tanganku dengan kuat sambil mengilai dengan kuat. Aku terus menutup mata kerana tak sanggup melihat apa yang akan terjadi. "Kamu lepaskan dia! Dia takde kena mengena dalam hal ni!" Jerit Ustaz. Amira sepertinya tidak mahu melepaskan aku. Lebih kuat dia mencengkam tangan aku seperti darah aku tak boleh nak bergerak secara normal.

Ustaz cuba untuk melawan hantu itu. Aku pula seperti sudah kehilangan udara untuk bernafas. Nampak gayanya, Ustaz telah berjaya melawan hantu tersebut namun hantu itu sempat mencakar aku di tangan. Dan Amira terus pengsan. Aku cuma menahan kesakitan dan melihat keadaan Amira itu. Muka dia sangat pucat. Aku rasa bersalah sebab aku yang ajak dia teman aku pergi toilet. Kalau bukan sebab aku, mesti Amira tengah lena dibuai mimpi. *azan subuh berkumandang*

"Baiklah, saya nak keluar dari blok kamu, kang ternampak benda apa yang tak patut saya tengok jap lagi. Tak pun ada puteri yang menjerit nampak lelaki masuk blok. Ye la, masing- masing mamai. Ok. Kalau ada apa- apa hal, panggil je saya. Solat subuh sekali. Kejut si Amira tu. Assalamualaikum." kata Ustaz dan berlalu pergi. Aku just diam tak tahu nak cakap apa. Ramai dorm lain pelik sebab kami melepak di bilik pantry. Malas nak cerita. Mungkin bukan sekarang. Nantilah aku cerita.

*selesai solat subuh berjemaah*

"Amira, kau dah sedar? Amira? Hello? Yohoo!?" panggil Fira. "hmm.. Apa yang bising ni. Aku letih laa" balas Amira perlahan. Kami satu dorm bersyukur sebab dia dah sedarkan diri. Kteorg buat- buat tanya ada tak dia ingat apa- apa malam tadi dan dia jawab "Apa yg aku tahu, aku rasa aku nampak kakak senior main kat court pastu aku masuk toilet panggil Nad, tapi dia buat bodoh je. Aku pun balik ah dorm. Tidur la pastu. Asal?" Kami satu dorm bagi jawapan yang sama iaitu, "takde pape la Amira!"

Rasanya Amira tak perlu tahu apa yang jadi. Ataupun nanti sebelum keluar asrama baru nak bagitahu ke. Tengoklah macam mana. Tapi aku paling bersyukur sebab Amira tak jadi apa- apa. Risaulah aku kalau anak orang jadi apa- apa. "Weh Nad! Tangan kau tu bengkak teruk tu. Meh sini aku tengok kejap." kata Fara. Aku pun hulur tangan ke arah Fara. "Teruk ni bengkak kau, jap lagi pergi klinik eh. Kesan cakar pun ada lagi ni. Sakit tak kalau aku tekan?" tanya Fara. "Ouch! Sakitlah! Kau gila ke! Dah la benda tu kuku dia tajam!" balas aku. 

"Kejap! Kenapa tangan kau jadi macam ni? Ada apa- apa yang aku tak tahu ke?" tanya Amira. "Errr.. Macam ni la ye. Biar aku cerita... Semalam kau bla bla bla bla.......... Faham?" balas Ila. "Okay.. Hmmm.. Tah la.. Aku tak tahu nak jawab apa. Just apa yang aku boleh bagitahu, memang aku tak ingat. Anyway, thanks sbb sudi tolong aku." kata Amira dengan penuh rasa syukur.


KESIMPULAN
Jangan berani buka cerita pasal hantu. Itu tempah maut namanya. Kalau berani je cerita. Kalau tak? Pergi tidur sana!